KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Thursday, December 31, 2015

Kempiskan perut buncit


KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Perut buncit adalah punca kepada puluhan masalah yang lain. Walaupun keadaan ini biasa kita lihat dimana-mana, namun janganlah kita anggap ia tidak merbahaya kepada kesihatan. Faktor awal kegemukan juga berpunca dari perut buncit.

Gambarajah 1

Jika berat fizikal mula bertambah secara mendadak, sudah semestinya bermula dari perut naik terlebih dahulu. Diperingkat pertama, keadaan perut seseorang berkeadaan normal seperti nombor 1 dan nombor 2 di gambarajah atas. Namun kerana beberapa kali kesilapan disiplin diri yang berulang menjadi pencetus kepada terjadinya perut buncit.

PUNCA

Diantara sebab terbesar tercetusnya permulaan perut buncit, disebabkan tidur atau berbaring selepas makan dalam keadaan kenyang sebelum makanan benar-benar masuk keperut, jika sekali tidak mengapa. Namun jika ia berulang berberapa hari berturut-turut, benih lemak akan terjadi dibahagian perut atas tanpa disedari. Seperti ditunjukkan anak panah gambarajah 2.

Gambarajah 2
ELAKAN

Selepas kita tahu puncanya seperti diatas maka elakkanlah tidur/baring sebaik sahaja selepas makan dalam keadaan kekenyangan sebelum makanan benar-benar masuk dan terasa selesa. Sememangnya apabila kita makan, makanan akan mengambil sedikit masa untuk masuk keperut melalui saluran, apalagi jika perut sudah penuh tetapi masih terus makan tak berhenti ini menyebabkan rasa sengkak. Aduss.. haha.


PEMBENIHAN LEMAK

Gambarajah 3

Apabila pembentukan benih lemak telah terjadi maka sukarlah untuk memecahkannya, mungkin ia sebesar ibu jari atau lebih kecil, jika ia tidak dipecahkan dengan segera, lemak tersebut akan terus membesar dengan kadar yang cepat. Dalam tempoh dua minggu sahaja sudah dapat dilihat keadaan perut sudah naik sedikit dari keadaan sebelum. Di masa-masa yang lain kita dapat lihat perut naik walaupun makan sedikit. Ini menunjukkan tompokan lemak telah bertapak dan akan membesar sedikit demi sedikit mengikut tabiat pemakanan individu.

SETERUSNYA
Gambarajah 4

Lemak diperut akan bertambah menjadikan kulit lebih tebal dibahagian perut, jika dicubit kita akan rasa seperti daging tebal yang mengandungi lemak. Seterusnya jika tabiat pemakanan tidak diubah maka lemak boleh menyebabkan kegemukan atau obesity.

PROSES OBESITY

Gambarajah 5 

Dipermulaan, lemak berada dibahagian perut kemudia akan berkumpul di dibahagian pinggul dan seterusnya bahagian peha. Selepas itu keseluruhan badan akan diselaputi lemak dan akan membawa berbagai-bagai implikasi negatif kepada kesihatan.

 Gambarajah 6

Gambarajah 7

OBESITY DAN MASALAH


Gambarajah 8

Akibat pembentukan lemak, sistem pencernaan menjadi terganggu, kedudukan sebenar organ dalaman akan sedikit berubah disebabkan terhimpit. Apabila organ dalaman tidak berada dalam posisi normal maka sistem pencernaan tidak bekerja secara optimum, terutamanaya pemecahan lemak oleh hempedu, pemecahan gula oleh pankreas dan lain-lain zat untuk dipecah dan diagihkan dengan kadar yang tepat. Akibatnya berlakulah lebihan zat asam yang membentuk gout, gula membentuk diabetes, lemak mengakibatkan kegemukan dan lain-lain.

PENYELESAIAN 

Bagi menyelesaikan masalah diatas ada bermacam-macam cara, seperti melakukan senaman secara teratur, menjaga tabiat pemakanan, mengambil suppliment/treatment yang sesuai. Apa yang penting perut mestilah dijaga agar ia sentiasa dalam kondisi normal, dibersihkan dari unsur toksik, lemak dan yang penting ia tidak buncit. Dengan artikel ini semuga anda semua sihat dan sejahtera selalu.  Produk yang disyorkan adalah Mineral coffee dan Hai-o Garlic kombinasi yang sesuai dan boleh dicuma. Sekian terima-kasih.